Fatwa: “Rambut wanita bukan aurat.”

Posted on Updated on

Dalil-dalil yang sah mengenai aurat wanita atau pun pria tidak semuanya qath’i (tegas) dalam segi dalalah (indikasi). Dengan demikian, masalah aurat itu terbuka untuk ijtihad. Dalam ijtihad, wajar saja jika terdapat perbedaan-perbedaan meskipun sama-sama berlandaskan Al-Qur’an dan hadits shahih.

Karenanya, saya pun memaklumi manakala mendapati fatwa-fatwa sebagian ulama ahli fiqih yang menyatakan bahwa perempuan yang menjalani kehidupan sosial dan ekonomi yang aktif tidak wajib berjilbab dan tidak harus menutup lengan tangan, bawah lutut, dan bahkan segala sesuatu di atas dada. (Lihat Khaled Abou El Fadl, Musyawarah Buku: Menyusuri keindahan islam dari kitab ke kitab (Jakarta: Serambi, 2002), hlm. 143-147.)

Demikian pula ketika saya menjumpai artikel sebagai berikut.

Rambut Wanita Bukan Aurat

Oleh Ustaz Zainuddin Idris

Pertikaian mengenai hukum aurat dan pakaian wanita sebenarnya telah lama berlaku di kalangan umat Islam. Setiap golongan bermati-matian dengan pegangan masing-masing tanpa menganalisis secara teliti sumber asal al-Quran, sunah dan ijmak para ulama. Selain itu mereka tidak merenungi tentang apakah hikmat yang terkandung dalam risalah Nabi Muhammad s.a.w. yang begitu umum dengan kitab suci al-Quran yang amat berhikmat lagi maha agung. Al-Quran diturunkan bukan untuk orang Arab sahaja malah untuk manusia sejagat.

Perkataan aurat menjadi sebutan biasa di kalangan orang kita dengan pengertian anggota-anggota yang diharamkan melihatnya sama ada lelaki dengan perempuan atau perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Asal perkataan `aurat’ daripada bahasa Arab yang bermaksud `keaiban’ atau setiap sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut dan malu.

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah pada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

“Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.

Tidaklah perlu mendapatkan dalil lagi mengenai perkara itu. Persabdaan Nabi s.a.w. menunjukkan, apabila seseorang kamu mengahwini amahnya maka janganlah ia lihat pada auratnya. Riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda: Maka janganlah lihat kepada anggota yang di bawah pusat dan di atas lutut.

Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam surah al-A’raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik.

Pada ayat ini Allah mendedahkan kepada kita tiga jenis pakaian manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pertama yang menutup dua kemaluan seperti pakaian Adam dan Hawa, sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka berdua menutup atas mereka dengan dua daun syurga. (surah al-A’raf, ayat 22)
Kedua, pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti burung. Ini adalah pakaian berhias-hias.
Ketiga, yang berasaskan kesederhanaan, kecergasan dan keadilan itu adalah lebih baik (libasataqwa).

Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.

Imam Abu Bakar al-Jassas di dalam kitab Ahkamul Quran, jilid 3, halaman tiga berkata: “Sesungguhnya telah bersetuju ummah bahawa apa yang ditunjukkan oleh ayat (al-Quran) adalah mesti menutup aurat.”

Kemudian beliau mengemukakan beberapa hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w. dan athar para sahabat untuk menerangkan maksud aurat sebagaimana yang terdapat pada ayat 26 daripada surah al-A’raf di atas pada halaman 30, jilid tiga, beliau berkata:

“Telah datang beberapa athar daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan masalah ini (menutup aurat) di antaranya hadis Bahzun bin Hakim yang diriwayatkan daripada bapanya dan diriwayatkan pula daripada neneknya, beliau berkata: “Aku bertanya Rasulullah s.a.w. aurat kami apakah yang kami gunakan dan apa yang kami tinggalkan? Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah engkau peliharakan aurat engkau kecuali isterimu atau perempuan yang kamu miliki. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Jika kami berseorangan?”

Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah lebih patut dimalukan kepada-Nya.”

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: “Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.”

Pada hadis yang lain baginda bersabda: “Dilaknat mereka yang melihat kemaluan saudaranya.”

Allah berfirman dalam surah an-Nur, ayat 30: Suruhlah kepada orang mukmin hendaklah mereka rendahkan pandangan mereka dan mengawal kemaluan mereka; itu lebih baik untuk mereka; sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka buat.

Pada ayat 31 firman-Nya: Suruhlah para mukminat rendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya.

Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: “Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.”

Pada bahagian `Batas aurat perempuan’ pula beliau berkata: “Sebahagian ulama mengatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Ada pula ulama yang mengatakan demikian dengan tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat.

Ada yang mengatakan perempuan keseluruhannya aurat.

Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A’raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.

Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau perempuan tanpa sebarang perbezaan kerana menutup dua kemaluan itu adalah suatu sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan sebagaimana berlalu keterangan Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad-Dihlawi, termasuklah anggota-anggota yang berhampiran dengannya seperti kedua-dua batang paha dan buah kemaluan lelaki serta ari-ari. Semuanya dikira termasuk ke dalam bahagian aurat. Akan tetapi di akhir huraiannya, Shah Waliyullah menegaskan bahawa semua hadis yang menerangkan masalah aurat dan meletakkan batasan-batasannya adalah berlawanan. Ini bererti keterangan Rasulullah s.a.w. itu tidak sama dalam masalah ini.

Mengikut pendapat Shah Waliyullah semua hadis itu sahih (jelas), maka semuanya boleh dijadikan panduan.

Pengertian aurat ini memang dimaklumi di kalangan umat Arab zaman silam. Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. tidak memberi makna yang jelas atau keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Dengan sebab itu perkhilafan (beza) pendapat di kalangan para ulama Islam tidak timbul sama sekali, tetapi apa yang berlaku adalah sebagaimana yang kita semua saksikan pada hari ini. Punca perbahasan mengenai masalah aurat ini hanya timbul daripada kefahaman yang semata-mata diambil daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. yang keterangannya berlawanan dan juga pendapat para ahli tafsir yang memberi keterangan di bawah ayat-ayat yang tidak sarih (jelas). Kerana sebab itulah Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: “Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak.

Demikian pula mereka berlainan faham tentang batas-batas aurat pada lelaki dan perempuan, tetapi yang ternyata di dalam mazhab Imam Malik bahawa menutup aurat itu termasuk di dalam bahagian amalan sunat di dalam sembahyang sahaja. Di dalam mazhab Abu Hanifah dan as-Syafii menutup aurat itu sebahagian amalan fardu di dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka di dalam menentukan perkara itu ialah kerana hadis-hadis dan athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu didapati saling bercanggah kenyataannya serta para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud firman Allah (al-A’raf, ayat 31):

Wahai anak-anak Adam pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid. Adakah suruhan Allah dengan menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat jua.

Apakah yang dimaksudkan dengan perhiasan (az-ninah) itu? Imam Assudi mengatakan maksud perhiasan pada ayat itu ialah pakaian yang menutup aurat. Riwayat daripada Abu Hanifah, beliau berkata: “Aurat terbahagi kepada dua bahagian, aurat mughallazah (aurat berat) dan aurat mukhaffah (aurat ringan).

Aurat mughallazah itu adalah qubul dan dubur dan aurat mukhaffah, iaitu anggota-anggota selain daripada apa yang telah disebut ia daripada aurat.”

Wallaahu ‘alam.

36 respons untuk ‘Fatwa: “Rambut wanita bukan aurat.”

    Arsyad Salam said:
    16 Agustus 2008 pukul 12:08

    oooo jadi gitu ya mas shodiq… aku baru tau nih..
    salam aja yaa 🙂 😉

    Aditya said:
    18 Agustus 2008 pukul 09:31

    jadi intinya, membuka rambut, lengan, dan kaki di muka umum itu boleh?

    M Shodiq Mustika responded:
    18 Agustus 2008 pukul 11:49

    @ Arsyad Salam
    Trims. Salam juga, ya!

    @Aditya
    Jawabannya dua macam:
    1) Boleh, menurut ulama yang berpandangan bahwa itu bukan tergolong aurat;
    2) Tidak boleh, menurut ulama yang berpandangan bahwa itu tergolong aurat.

    agung said:
    18 Agustus 2008 pukul 15:50

    Assalamualaikum, akhi
    klo ente msh muslim, adalah kewajiban seorang muslim untuk mengambil dalil yang paling sah
    dan tetap mengembalikan kepada al quran dan sunnah
    ” wanita itu aurat” cari hadiztnya sendiri, isnadnya sahih
    hadizt itu kedudukannya sebagai dasar hukum ke dua setelah al quran jd tetap berpegang kepda hadizt yang sahih dunk klo ngambil fatwa ndak cuma pake emosi n akal tok. menutup aurat itu sunnah nabi Muhammad SAW yang ndak bisa diotak atik hukumnya
    “barangsiapa tidak mengikuti sunnahq maka dia bukan umatq”
    n coba dipikir lebih jauh maka ente bakal ngerti kenapa kok aurat wanita itu harus ditutupi, dampak negatifnya banyak mas , pikir juga dunk , ente kan liberal , peras otak ente, agama islam udah sempurna mas, ndak usah ditambah tambahin lagi n klo ente masih islam pasti ente tau kan klo al quran n hadizt itu dijaga ALLAH sendiri.
    mohon dipikirkan baek2 dalam mengikuti suatu pendapat ulama tetap harus merujuk k assunnah dan lihat dalil2nya
    ndak cuma ikut sana ikut sini . Afwan jika ada yang ndak berkenan . taq tunggu belesannya di email saya.

    jzkmlh

    Aditya said:
    18 Agustus 2008 pukul 19:10

    bagaimana dengan hadits di mana rasulullah saw memerintahkan siapaaa gt untuk menutupi anaknya kecuali wajah dan telapak tangan.

    antox said:
    21 Agustus 2008 pukul 01:24

    assalamulaikum..

    kalo menurut saya sie
    insyaAllah orang yang memiliki nafsu yang normal akan mudah terpikat dengan kaki yang terlihat walaupun itu dibawah lutut begitu juga rambut apalagi sampai kepunggung

    saya kira pendapat lebih kuat tetaplah menutup seluruh badan kecuali telapak tangan dan kaki.

    Kayla said:
    28 Agustus 2008 pukul 15:53

    assalamualaikam
    maaf sebelumnya sebenarnya saya juga tidak terlalu faham dengan masalah ini..
    tetapi menurut saya yang benar adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan telapak. dan saya lihat anda pun setuju dengan hal tersebut tetapi kenapa anda ttap mengungkapkan hal yang membuat orang menjadi bingung seperti ini?
    apakah karena anda liberal jadi menurut anda hal ini pantas untuk di sebarluaskan?
    jika anda sudah tahu dengan kebenaran yang ada kenapa harus memberikan pernyatan yang membuat semua orang untuk membacanya?kalau menurut saya jika anda sudah tahu kebenaran akan sesuatu bukankah sebaiknya anda hanya menyampaikan menganai kebenaran tersebut?
    saya tahu anda adalah orang yang sangat pintar dan kritis, untuk itu pergunakanlah kepintaran untuk menuntun orang menuju jalan kebenaran sesuai dengan Al-quran dan juga Al-hadist.
    maaf jika ada perkataan saya yang meyinggung saudara, bukan maksud hati untuk menyakiti hati saudara. bukakah kita sesama muslim harus saling mengingatkan.

    syah said:
    29 Agustus 2008 pukul 12:12

    bagaimana dgn jwbn di bawah :

    Menjawab Penyelewengan Majalah AL-ISLAM (Februari 2004): “Rambut Wanita Bukan Aurat”

    Artikel asal tulisan Hafiz Firdaus Abdullah

    MUKADDIMAH:

    Kelihatan serangan dan penyelewengan ke atas ilmu-ilmu Islam semakin rancak akhir-akhir ini. Sebagai contoh “serangan” yang dimaksudkan, saudara-saudari boleh merujuk kepada majalah AL-ISLAM edisi bulan Februari 2004, artikel karangan Zainudin Idris yang bertajuk “Rambut Wanita Bukan Aurat”.

    Jelas dari artikel tersebut, penulis cuba mencari dalil bagi menghalalkan pendedahan aurat yang berleluasa dalam masyarakat kita pada hari ini. Kepada mereka yang tidak mendalami pendidikan agama dan tidak dapat membuat rujukan kepada kitab-kitab Fiqh, mereka akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah tersebut. Apatah lagi ianya disiarkan oleh majalah yang membawa nama “Al-Islam”.

    Sebenarnya artikel tersebut dipenuhi penyelewengan dan hujah-hujah batil yang disengajakan khusus untuk mengelirukan masyarakat Islam. Hujah-hujah tersebut juga diterima pakai oleh Astora Jabat dalam beberapa penulisannya dalam ruangan Bicara Agama, Mingguan Malaysia. Kesimpulan dari artikel itu, anggota yang wajib ditutup (aurat) hanyalah dua kemaluan sahaja (qubul dan dubur) sama ada lelaki atau perempuan. Inibermakna kebanyakan manusia di dunia ini sudah menutup aurat sekalipun dia bekerja sebagai penari separuh bogel.

    Sebagai menunaikan tanggungjawab, di sini saya akan cuba menjelaskan kepada saudara-saudari penyelewengan tersebut satu-persatu dan bagaimana penulis secara sengaja telah menfitnah ulamak-ulamak muktabar dengan mengambil dan memutar-belitkan kata-kata mereka secara tidak amanah.

    Pertama:

    Pengarang artikel, Zainudin Idris yang cuba mengelirukan pembaca dengan mendakwa yang wajib ditutup (aurat) hanyalah dua kemaluan sahaja (qubul dan dubur) telah menukil dan menterjemah kata-kata al-Dahlawi sebagai berikut:

    “Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah ada halaman 688, jilid 2; beliau berkata: ‘Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.'”

    KOMEN:

    Rujukan saya kepada kitab Hujjah Allah al-Balighah adalah edisi terbitan Dar al-Ma’rifah, Beirut 1997, jld. 2, ms. 219-222. Sesiapa yang memiliki edisi terbitan syarikat lain boleh rujuk nukilan di atas dalam bab “Berkenaan Aurat” yang terletak dalam kitab “Bab-bab yang berkenaan urusan dalam rumah.”

    Daripada penjelasan al-Dahlawi yang sepanjang 3 mukasurat, Zainudin Idris hanya mengambil satu perenggan yang letaknya di separuh kedua. Agaknya apa kata al-Dahlawi di separuh pertama? Di sini saya tidak akan terjemah semuanya kerana ia amat panjang. Akan tetapi saya hanya akan kemukakan poin-poin al-Dahlawi.

    Syaikh al-Dahlawi rahimahullah memulakannya dengan menjelaskan bahawa apabila seorang lelaki memandang aurat wanita, ia akan menimbulkan syahwat yang akhirnya membawa kepada perkara-perkara maksiat. Atas dasar ini maka Islam menggariskan beberapa cara untuk menutup jalan-jalan yang akan membawa kepada syahwat dan kemungkaran ini. Antara jalan-jalan tersebut adalah:

    [1] Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya ialah firman Allah: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu” [al-Ahzab 33:33]

    [2] Wanita memakai jilbab (tudung) dan tidak menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Dalilnya ialah firman Allah dalam Surah al-Nur 24:31. Rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada (1) wajah sebagai bentuk pengenalan dan (2) tangan kerana ia banyak membuat kerja. Selain itu rukhsah juga diberi kepada wanita tua yang sudah tiada daya tarikan.

    [3] Tidak boleh berdua-duan (khalwat).

    [4] Tidak boleh memandang aurat sesama jantina. Lelaki tak boleh pandang aurat lelaki, wanita tak boleh pandang aurat wanita.

    [5] Tidak boleh sesama jantina tidur satu “pakaian”, yakni tidur satu selimut bersama-sama. Poin yang ke-4 & ke-5 ini untuk mengelakkan kemaksiatan seperti gay dan lesbian.

    Demikian ringkasan daripada keterangan al-Dahlawi. Jelas daripada keterangannya bahawa aurat wanita bukanlah kemaluan depan belakang sahaja tetapi semua kecuali muka dan tangan. Ini adalah sebagaimana yang kita semua fahami dan amalkan sekarang ini. Sekarang tibalah kita ke perenggan yang dinukil dan diterjemahkan oleh Zainudin Idris. Perhatian kita ditumpukan kepada satu ayat yang diterjemah olehnya sebagai:

    “Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan…”

    Sengaja atau tidak, Zainudin Idris telah meninggalkan huruf “waw” sebelum perkataan “dua kemaluan”. Sekalipun kita biasa menterjemah huruf “waw” sebagai “dan”, yang benar di dalam ilmu bahasa Arab huruf “waw” memiliki 5 peranan atau fungsi. Peranan huruf “waw” di dalam ayat di atas adalah untuk memberi tumpuan atau penekanan (emphasis) sehingga terjemahannya dalam bahasa kita adalah:

    “Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, khasnya dua kemaluan…”

    Dhamir “nya” yang diterjemahkan sebagai “tersebut” merujuk kepada awal perenggan: “…maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai..”

    Dalam ertikata lain, terjemahan yang dikemukakan oleh Zainudin Idris memberi erti kononnya di sisi al-Dahlawi aurat yang perlu ditutup adalah DUA KEMALUAN SAHAJA.

    Akan tetapi maksud sebenar al-Dahlawi, yang perlu ditutup ialah SEMUA ANGGOTA BADAN YANG MENDATANGKAN AIB TERUTAMANYA DUA KEMALUAN.

    Maksud sebenar al-Dahlawi ini selari dengan apa yang beliau jelaskan sejak dari awal (sebagaimana yang telah saya ringkaskan poin-poinnya di atas). Akan tetapi Zainudin Idris hanya kemukakan SATU PERENGGAN yang terletak di separuh kedua perbincangan dengan terjemahan YANG SALAH sehingga akhirnya tersasar jauh daripada maksud sebenar al-Dahlawi.

    Semoga Allah memelihara para alim ulama’ kita daripada fitnah seperti ini.

    Seterusnya Zainudin Idris menulis:

    “Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam surah al-A’raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik.”

    KOMEN:

    Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kata-kata al-Dahlawi sebenarnya hanyalah sehingga “”Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat?” Itu pun telah berlaku beberapa lagi kesilapan menterjemah.

    Selebihnya bukan kata-kata al-Dahlawi tetapi kata-kata Zainudin Idris sendiri. Akan tetapi Zainudin Idris tidak memecahkannya kepada perenggan baru, seolah-olah ia masih merupakan kata-kata al-Dahlawi.

    Selain itu, perbincangan syari’at Islam tentang auratwanita tidak terletak dalam ayat 26 surah al-‘Araf. Ini contoh terbaik penyalahgunaan ayat al-Qur’an.

    Kedua:

    Zainudin Idris menulis:

    “Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.”

    KOMEN:

    Kata-kata di atas tidak berdasarkan rujukan ilmiah tetapi sekadar untuk membenarkan teori kaum modernis bahawa memakai tudung hanyalah budaya Arab dan bukannya tuntutan agama.

    Sejauh manakah kebenaran teori Zainudin Idris ini? Kata-kata berikut: “Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya” adalah bukti yang jelas akan kesalahan teori Zainudin.

    Cuba saudara-saudari perhatikan:

    [1] Imam Malik rahimahullah tidak pernah keluar daripada Madinah sepanjang hayatnya kecuali untuk menunaikan ibadah Haji di Kota Mekah. Jauh sekali bahawa Imam Malik pernah ke Eropah.

    [2] Orang Eropah tak pernah ke Madinah, kerana Semenanjung Arab adalah tanah larangan bagi kaum kuffar.

    [3] Manhaj fiqh bagi Mazhab Imam Malik ialah amalan penduduk Madinah, bukan Eropah.
    [4] Di zaman Imam Malik, iaitu lebih kurang 1200 tahun yang lalu, wanita-wanita Eropah sendiri berpakaian sepenuhnya. Mereka tak pakai “seluar dalam” sahaja sehingga menampakkan anggota badan yang lain.

    Ketiga:

    Seterusnya Zainudin Idris menukil kata-kata Imam Abu Bakar al-Jassas.

    “Imam Abu Bakar al-Jassas di dalam kitab Ahkamul Quran, jilid 3, halaman tiga berkata: ‘Sesungguhnya telah bersetuju ummah bahawa apa yang ditunjukkan oleh ayat (al-Quran) adalah mesti menutup aurat.'”

    KOMEN:

    Sebenarnya dalam kata-kata Imam al-Jassas tidak terkandung apa-apa hujah yang dapat membantu Zainudin Idris. Ia dinukil sekadar memberi solekan kosmetik kepada para pembacanya.

    Keempat:

    Seterusnya Zainudin Idris menukil kata-kata Ibn ‘Arabi dari kitabnya al-Futuhat al-Makkiah:

    “Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: ‘Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.'”

    KOMEN:

    Saya ingin menarik perhatian saudara-saudari kepada ejaan nama pengarang kitab al-Futuhat al-Makkiah oleh Zainudin Idris.

    Terdapat dua orang yang namanya hampir sama: Ibn ‘Arabi dan Ibn al-‘Arabi. Yang pertama adalah tokoh Sufi yang dihukum sesat oleh ramai ulama, yang kedua adalah seorang tokoh besar Mazhab Maliki.

    Pengarang asal kitab al-Futuhat al-Makkiah ialah Ibn Arabi dan bukan Ibn al-Arabi sebagaimana yang didakwa oleh beliau. Ibn Arabi ialah sang Sufi yang berkata Aku adalah Tuhan dan Tuhan adalah aku. Ini jauh berbeza dengan al-Imam Ibn al-Arabi di mana beliau ialah seorang ahli hadis, ahli fiqh dan ahli tafsir yang terkenal bagi Mazhab Maliki.

    Perlu dibezakan tambahan alif lam bagi nama Arabi. Sang Sufi Ibn Arabi bukanlah seorang mujtahid mahupun ahli fiqh, justeru apa-apa pendapatnya tidak boleh dijadikan sandaran hukum yang muktamad. Kitab al-Futuhat al-Makkiah bukanlah rujukan dalam hukum-hukum Fiqh, sebagaimana buku Ekonomi bukanlah rujukan kepada para pelajar Kejuruteraan.

    Pengarang al-Futuhat al-Makkiah ialah Ibn ‘Arabi (tanpa AL), akan tetapi Zainudin Idris telah menyebutnya sebagai Ibn AL-Arabi. Jika bab “alif lam” pun berlaku kesilapan, pasti sahaja bab aurat dalam syari’at Islam terlebih-lebih lagilah silapnya.

    Walaupun kitab ini bukanlah rujukan dalam Fiqh, elok juga kita cuba memahami apa yang ditulis oleh Ibn ‘Arabi tersebut. Apakah ia boleh difahami sebagaimana yang didakwa oleh Zainudin Idris atau itu hanyalah dakwaan palsu beliau semata-mata?

    Berdasarkan kepada terjemahan beliau itu pun, jelas di sini, walaupun Ibnu ‘Arabi menyatakan aurat yang sebenar untuk lelaki ialah dua kemaluan, tetapi beliau juga menyatakan bahawa anggota yang selain dari dua kemaluan iaitu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah juga hendaklah ditutup kerana syubhat. Di dalam sebuah yang sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat bermakna dia terjerumus ke dalam perkara haram.”

    Kelima:

    Seterusnya Zainudin Idris menukil kata-kata Ibnu ‘Arabi lagi:

    “Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A’raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.”

    KOMEN:

    Perhatikan kepada kenyataan tersebut: “Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.”

    Maksudnya ialah walaupun aurat sebenar pada Ibnu ‘Arabi adalah dua kemaluan, tetapi menurutnya juga, apabila perempuan disuruh menutup anggota yang lain maka ia mesti ditutup juga kerana itu adalah undang-undang (perintah) syarak. Jadi Ibnu ‘Arabi sendiri pun tidak menyatakan bahawa selain dari dua kemaluan boleh didedahkan, bahkan ia mesti ditutup juga.

    Keenam:

    Zainudin Idris seterusnya membuat rumusan:

    “Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau perempuan.”

    KOMEN:

    Di atas jelas satu dusta. Malah ini adalah satu rumusan yang menyalahi nukilan-nukilan Zainudin Idris sendiri.

    Perhatikan 2-3 perenggan sebelum rumusan di atas, Zainudin Idris sendiri telah menukil kata-kata Ibn ‘Arabi dalam aurat wanita:

    “Pada bahagian ‘Batas aurat perempuan’ pula beliau berkata: “SEBAHAGIAN ulama mengatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. ADA PULA ULAMA yang mengatakan demikian dengan tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat. ADA YANG MENGATAKAN perempuan keseluruhannya aurat.”

    Daripada nukilan kata-kata Ibn ‘Arabi ini, sudah jelas ada 3 pendapat. Lalu bagaimana Zainudin Idris boleh membuat rumusan ijmak ke atas satu pendapat yang tidak termasuk dalam mana-mana daripada 3 pendapat di atas?

    Di sini kita tak perlu berfikir atau membahas secara panjang kerana rumusan Zainudin Idris telah dibatalkan oleh nukilan yang beliau sendiri kemukakan.

    Ketujuh:

    Untuk mempertahankan pendapatnya yang menyeleweng itu, Zainudin Idris seterusnya menyatakan:

    “Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: ‘Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak.’

    Demikian pula mereka berlainan faham tentang batas-batas aurat pada lelaki dan perempuan, tetapi yang ternyata di dalam mazhab Imam Malik bahawa menutup aurat itu termasuk di dalam bahagian amalan sunat di dalam sembahyang sahaja. Di dalam mazhab Abu Hanifah dan as-Syafii menutup aurat itu sebahagian amalan fardu di dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka di dalam menentukan perkara itu ialah kerana hadis-hadis dan athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu didapati saling bercanggah kenyataannya serta para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud firman Allah (al-A’raf, ayat 31):

    “Wahai anak-anak Adam pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid. Adakah suruhan Allah dengan menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat jua.”

    KOMEN:

    Nukilan di atas mengandungi beberapa penyelewengan ke atas Imam Ibn Rusyd rahimahullah (595H) dan Mazhab Maliki. Justeru saya akan bercerita dengan panjang sedikit.

    Pertama:

    Zainudin Idris telah menterjemah perkataan “Sunan” di dalam teks Arab kitab Bidayah al-Mujtahid sebagai “Sunat” padahal yang benar perkataan “Sunan” tersebut adalah satu istilah yang perlu difahami mengikut standard Mazhab Maliki.

    Seolah-olah Zainudin Idris ingin mengambil kesempatan mudah daripada hukum “Sunat” ini bagi menyatakan nak tutup aurat silakan, tak mahu tutup tak apa kerana ia hanya sunat hukumnya. Berikut ialah terjemahan saya untuk kata-kata Ibn Rusyd, rujukan saya ialah Bidayah al-Mujtahid (Dar al-Fikr, Beirut tp.thn.), jld. 1, ms. 82, (Kitab Solat, Bab ke 4 berkenaan menutup aurat dan pakaian dalam solat, fasal pertama):

    “Bersepakat para ilmuan bahawa menutup aurat adalah fardhu secara mutlak. Dan mereka berbeza pendapat sama ada ia adalah salah satu syarat daripada syarat-syarat
    sah solat atau tidak.

    Dan demikian juga mereka berbeza pendapat tentang batas aurat bagi seorang lelaki dan wanita. Dan yang zahir di dalam Mazhab Maliki bahawa ia adalah daripada Sunan Solat manakala Abu Hanifah dan al-Syafie berpendapat bahawa ia adalah daripada kefardhuan solat.”

    Sekian perenggan pertama kata-kata Ibn Rusyd.

    Soalnya, apakah yang dimaksudkan dengan Sunan? Al-Baji rahimahullah (474H) di dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh al-Muwattha’ (Dar al-Kitab al-Islami, Beirut tp. thn.), jld. 1, ms. 247 (Bab Rukhsah dalam bersolat dengan sehelai pakaian) telah berkata:

    “Maka adapun berkenaan pakaian (solat) maka sesungguhnya baginya terdapat dua jumlah, jumlah yang fardhu dan jumlah yang utama. Maka adapun yang fardhu bagi seorang lelaki maka ia adalah apa yang menutupi aurat dan tidak wujud perbezaan pendapat tentang kefardhuannya.

    Akan tetapi para sahabat kami berbeza pendapat tentang tafsir yang sedemikian. Berkata al-Qadhi Abu al-Faraj, ia adalah salah satu fardhu daripada kefardhuan solat dan ini adalah juga pendapat Abu Hanifah dan al-Shafie. Dan berkata al-Qadhi Abu Ishaq sesungguhnya ia adalah daripada Sunan Solat, dan ini adalah juga merupakan pendapat Ibn Bukair dan al-Syaikh Abu Bakr.

    Adapun faedah perbezaan pendapat ini, bahawasanya jika kami berkata sesungguhnya ia adalah daripada kefardhuan solat maka solat akan batal dengan ketiadaan penutup aurat manakala jika kami berkata ia bukanlah daripada kefardhuan solat (ertinya ia adalah Sunan) maka berdosa orang yang meninggalkan penutup aurat akan tetapi tidaklah batal solatnya.”

    Sekian al-Baji.

    Ringkasnya terdapat dua pendapat di kalangan ahli fiqh Mazhab Maliki tentang hukum menutup aurat dan kaitannya dengan syarat sah solat. Yang pertama berkata ia adalah Fardhu, sesiapa yang tidak menutup aurat maka batal solatnya. Yang kedua berkata ia adalah Sunan, sesiapa yang tidak menutup aurat maka tidaklah batal solatnya tetapi dia berdosa besar.

    Ini jauh berbeza dengan istilah Sunat yang sedia kita fahami, bahawa jika buat dapat pahala, tak buat tak dosa. Ertinya, menutup aurat dalam solat dapat pahala manakala tak tutup aurat tak dapat apa-apa dosa. Padahal yang dibahas dalam Mazhab Maliki dengan istilah Sunan ialah sah atau tidak solat, menutup aurat sah solatnya, tidak menutup aurat tetap juga sah tetapi mendapat dosa.

    Perlu juga diperincikan bahawa tidak menutup aurat yang dimaksudkan dengan istilah Sunan adalah untuk jangka waktu yang singkat dan bukan keseluruhan solat.

    Mujtahid Mazhab Maliki, al-Haththabi rahimahullah (954H) dalam kitabnya Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Khalil (Dar al-Fikr, Beirut 1398H), jld. 1, ms. 498 (Kitab Solat, Fasal: Menutup aurat dalam solat) berkata:

    “(Jika) Imam jatuh penutup auratnya ketika rukuk lalu dia menarik semula selepas mengangkat kepala (daripada posisi rukuk), berkata Ibn al-Qasim daripada Musa: Tidak apa-apa ke atasnya (yakni solatnya tidak batal) jika dia menarik semula. Akan tetapi jika dia tidak menarik semula maka perlu diulangi solat dalam waktunya kerana pada asalnya menutup aurat adalah daripada Sunan Solat.”

    Sekian al-Haththabi.
    Ringkasnya yang dimaksudkan dengan Sunan Solat dan kaitannya dengan menutup aurat adalah, jika aurat terdedah dan ia ditutup semula maka solat tetap sah. Jika ia dibiarkan terdedah maka batal solat tersebut dan perlu diulangi semula.

    Demikian maksud sebenar istilah Sunan dan kaitannya dengan hukum menutup aurat sebagai syarat sah solat bagi Mazhab Maliki. Ia bukanlah sunat dan tidak boleh diterjemahkan sebagai sunat.

    Kedua:

    Asal perbincangan dan penghujahan Zainudin Idris ialah berkenaan batas aurat wanita. Saya hairan kenapa Zainudin Idris hanya mengemukakan perenggan pertama perbahasan Ibn Rusyd yang hanya merupakan “muqaddimah” dan mendiamkan perenggan seterusnya yang merupakan hujah yang menutupi segala penyelewengan beliau.

    Berkata Ibn Rusyd di muka surat seterusnya (Bidayah al-Mujtahid, 1/83), fasal ketiga:

    “Dan adapun masalah ketiga, ia adalah berkenaan batas aurat wanita, maka kebanyakan ilmuan berpendapat bahawa keseluruhan badannya adalah aurat kecuali wajah dan tangan. Dan Abu Hanifah berpendapat kaki bukanlah aurat. Dan Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman dan Ahmad (bin Hanbal) berpendapat seluruhnya adalah aurat.”

    Sekian Ibn Rusyd.

    Jadi sekalipun wujud perbezaan pendapat di kalangan fuqaha, tiada sedikit pun ia mendekati hujah yang cuba dibangkitkan oleh Zainudin Idris bahawa aurat wanita hanyalah dua kemaluannya.

    Kelapan:

    Zainudin Idris cuba lagi menegakkan pendapat songsangnya dengan menyatakan:

    “Riwayat daripada Abu Hanifah, beliau berkata: ‘Aurat terbahagi kepada dua bahagian, aurat mughallazah (aurat berat) dan aurat mukhaffah (aurat ringan).

    Aurat mughallazah itu adalah qubul dan dubur dan aurat mukhaffah, iaitu anggota-anggota selain daripada apa yang telah disebut ia daripada aurat.'”

    KOMEN:

    Zainudin Idris cuba menyeleweng maksud aurat besar dan aurat kecil mengikut takrifan Abu Hanifah. Dengan takrifan ini, dia berkesimpulan aurat wanita yang perlu ditutup ialah dua kemaluannya, manakala rambut (dan selainnya) boleh dibiar terdedah. Dalam erti kata lain, ciri-ciri wanita Islam yang menutup aurat mengikut Zainudin Idris ialah mereka yang memakai panty sahaja.

    Adapun pembahagian Mazhab Hanafi kepada aurat besar dan kecil, ia hanyalah bagi membezakan aurat yang darurat dan bukan darurat. Yakni, jika seseorang itu hanya memiliki pakaian yang terhad setelah dikerah segala usaha termampu, maka bahagian tubuh badan yang perlu diberi prioriti untuk ditutup ialah aurat besar. Saya pasti semua orang faham hal ini. Di sisi Mazhab Hanafi, aurat besar dan aurat kecil adalah dua pembahagian yang sama-sama duduk di bawah kemutlakan hukum wajib. Jauh sekali daripada penafsiran Zainudin Idris bahawa aurat besar adalah wajib manakala aurat kecil tidak wajib.

    Sehingga ini sahaja komen saya ke atas bahagian pertama artikel Zainudin Idris tentang aurat wanita. Kita nantikan sambungan bahagian kedua.

    KESIMPULAN:

    Sebenarnya saya tidak kisah jika Zainudin Idris atau teman semazhab dengannya Astora Jabat hanya ingin memakai daun di depan dan belakang kemaluannya atau bercawat sahaja ketika ke pejabat atau bersiar-siar. Demikian juga, sesiapa yang berpendapat aurat hanyalah dua kemaluan, DIPERSILAKAN. Akan tetapi janganlah membenarkan pendapat ini atas nama “Syari’at Islam” atau “Hujah para ulama Islam.”

    Kepada saudara-saudari yang saya muliakan:

    [1] Berhati-hatilah dengan orang yang berbicara agama demi mencapai tujuan atau objektifnya tersendiri. Fitrah manusia memang suka mencari nama, harta dan kedudukan. Jika tak boleh buat cara baik, dia akan buat cara tak baik, asalkan dapat apa yang dihajati.

    Jika kita perhatikan artikel Zainudin Idris di atas, jelas dia telah membuat kajian dengan membuka kitab-kitab besar. Akan tetapi untuk apa kajiannya? Tidak lain ialah menyalahgunakan kata-kata ulama’ untuk membenarkan teorinya sendiri. Cuba perhatikan nukilan Zainudin Idris daripada kitab Bidayatul Mujtahid di akhir artikelnya. Kemudian rujuk kepada jawapan saya. Perhatikan bagaimana dia menukil sebahagian dan meninggalkan sebahagian.

    [2] Kita perlu bersatu untuk memerangi orang-orang seperti ini. Mereka memiliki kekuatan media, akan tetapi kita memiliki kekuatan kebenaran. Yang tinggal ialah menyebarkan kebenaran tersebut. Maka janganlah malu-malu atau keberatan untuk sebarkan artikel ini atau mana-mana tulisan yang seumpama daripada penulis lain. Sebarkannya dan tampalkannya di papan notis pejabat dan sebagainya. Jika kita orang Islam tak melakukannya, maka siapa lagi?

    Firman Allah:

    “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Taubah 9:71]

    Wassalam.

    M Shodiq Mustika responded:
    29 Agustus 2008 pukul 21:53

    @ agung
    Meskipun sama-sama berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasul yang shahih, para ulama dapat berlainan pendapat dalam berijtihad. Lihat artikel Mengapa Ulama Berlainan Pendapat

    @ aditya
    Para ulama berijtihad dengan mempertimbangkan semua dalil, bukan hanya satu itu. Kalau mau pembahasan yang relatif lengkap terhadap dalil-dalil mengenai aurat wanita, silakan baca buku M Quraish Shihab yang berjudul Jilbab.

    @ Kayla
    Yang sempurna dalam kebenaran hanyalah Allah SWT. Dan Allah lebih tahu mana yang lebih mendekati kebenaran antara yang mewajibkan dan yang mensunnahkan (tidak mewajibkan) penutupan rambut wanita. Seperti sikap Pak Quraish Shihab, saya menghormati kedua macam pandangan tersebut.

    @ syah
    Saya kurang tertarik memperdebatkannya. Kalau mau pembahasan yang relatif lengkap terhadap dalil-dalil mengenai aurat wanita, silakan baca buku M Quraish Shihab yang berjudul Jilbab.

    syah said:
    30 Agustus 2008 pukul 08:52

    salam bro m,shodiq.

    saya setuju tidak usah berdebat.

    Pendpat yg dijelaskan oleh bro. bagus dan terbuka.

    salam

    bukhari said:
    30 Agustus 2008 pukul 17:37

    m,shodiq,

    Kmu meneluarkan dalil dalil yang banyak leberal.

    Keluar sama bini orang juga boleh ya?

    satu hari kamu akan di bunuh juga……

    amin

    M Shodiq Mustika responded:
    30 Agustus 2008 pukul 18:55

    @ syah

    Terima kasih atas pengertiannya.
    Salam ukhuwah.

    @bukhari

    1) Kalau tidak setuju dengan dalil yang saya kemukakan, silakan ajukan bantahan dengan dalil lain yang menurut Anda lebih kuat.

    2) Saya tidak pernah menyuruh orang untuk keluar dengan bini orang. Yang saya katakan, hendaklah kita mengikuti sunnah Rasulullah saw. dan para shahabat beliau, termasuk dalam hal saling menghargai antara suami dan istri.

    Apabila Anda menilai itu liberal, silakan. Biarlah dicap liberal, asalkan saya mengikuti jalan Islam yang sebenar-benarnya sesuai petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi.

    3) “Dan kepada Allah sajalah aku mohon pertolongan terhadap apa yang kalian beritakan.” (QS Yusuf [12]: 18)

    heri said:
    1 September 2008 pukul 11:36

    waduh… bahaya nih…

    enaq nii.. said:
    5 September 2008 pukul 13:47

    wahh….

    skalian aj pke bikini halal…

    kan enak???

    […] Cukuplah foto itu dilihat oleh muhrimmu saja. Namun seandainya kau mengikuti pandangan bahwa rambut wanita bukanlah aurat, maka boleh-boleh saja kau memperlihatkan fotomu yang memperlihatkan rambutmu kepada siapa saja […]

    Bima said:
    20 Maret 2009 pukul 14:34

    Assalamu’alaikum smwna…

    masalah seperti ini jangan dijadikan perselisihan hebat…
    pada kenyataannya Rasulullah SAW memang tidak menyebutkan batas2 aurat bagi wanita secara jelas…
    jadi wajar jika di dalam hal ini banyak sekali perbedaan pendapat…

    setelah saya telaah lebih jauh mengenai hadis2 nabi mengenai aurat wanita, sayapun jadi paham bahwa batas2 aurat wanita tidak dijelaskan secara pasti…

    dalil2 itu ada yang berasal dari al-Qur’an surat al-ahzab : 59
    kemudian hadis nabi SAW yang menyebutkan “wanita itu aurat”,
    kemudian ada lagi hadis Asma binti Abu Bakar yang memakai pakaian tipis dan nabi SAW mengatakan untuk menjaga tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan…(HR. Abu Daud dengan sanad lemah)

    nah, dari banyak hadis ini rupanya tidak memberikan secara pasti dimana-mana saja wanita harus menutup auratnya…
    namun, memang ada baiknya jika wanita itu berjilbab, seperti yang dijelaskan dalam ayat.

    dina said:
    2 Mei 2009 pukul 00:07

    jadi, jika tidak berjilbab tidak berdosa?
    dan boleh?

      M Shodiq Mustika responded:
      2 Mei 2009 pukul 01:37

      @ dina
      Menurut ulama yang mewajibkannya, tidak mengenakan jilbab itu berdosa. Tapi menurut ulama yang tidak mewajibkannya, tidak memakai jilbab tidak berdosa.

    Agus said:
    12 Juni 2009 pukul 09:08

    Dari Imam 4 Mahzab: Syafi i, Malik, Ahmad, Abu Hanifah. ada ngga ya yang menyatakan jilbab tidak wajib?

      M Shodiq Mustika responded:
      12 Juni 2009 pukul 10:18

      @ Agus
      Islam itu tidak terbatas pada empat madzhab. Selama pintu ijithad terbuka, jumlah madzhab tak terbatas. Jadi, pertanyaan tersebut tak perlu kami jawab.

    azzz said:
    11 September 2009 pukul 08:31

    subahanallah…apakah yang tuan ingin sebarkan sebenar-nya…

    RAMBUT,AURAT BAGI WANITA
    Telah menjadi suatu ijma’ bagi kaum Muslimin di semua negara

    dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama,

    ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu

    termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di

    hadapan orang yang bukan muhrimnya.

    Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka

    menutupkan kain kerudung ke dadanya, …”

    (Q.s. An-Nuur: 31).

    Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarangbagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama, baik dahulu maupun maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.

    Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, “Allah swt. telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak.”

    Ibnu Mas’ud berkata, “Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian.” Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, “Wajah” Ditambah pula oleh Sa’id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, “Wajah, kedua tangan dan pakaian.”

    Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, “Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah).”

    Ibnu Atiyah berkata, “Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan arti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bagian-bagian yang kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan.”

    Berkata Al-Qurthubi, “Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya.”

    Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda: “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini …” (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

    Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.

    Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah “kain untuk menutup kepala,” sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.

    Al-Qurthubi berkata, “Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya.”

    Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, “Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah.” Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya

    untuk menutupi apa yang terbuka.

    Ketika Aisyah r.a. didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai kerudung (khamirah) yang tipis di bagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, “Ini amat tipis, tidak dapat menutupinya.”

    Oleh : DR Yusuf Qardawi.

    Dari Uraian di atas bahwa wanita-wanita Indonesia yang beragama Islam pada umumnya membuka aurat (rambutnya) bahkan melakukan perubahan seperti rebounding/meluruskan, menyemir, potong poni, dan lainnya, dan dilihat oleh khalayak ramai. Semua perlakuan ini melanggar syariat Islam. Apakah mereka tidak tahu atau tidak mau mengikuti perintah Allah SWT.

    Hal ini dilakukan terutama oleh para selebritis kita, dan juga orang-orang awam lainnya yang notabene suka meniru tanpa berguru sehingga melahirkan suatu kebiasaan yang dianggap cocok dengan Islam.

    Marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan taufiq dan hidayahnya semoga muslimah kita menjadi muslimah sejati, yang selalu mengikuti ajaran Islam dengan sebenarnya (kaffah). Seperti muslimah di Nanggro Aceh Darussalam, daerah pelaksanaan syariat Islam, sehingga dimana pun mereka berada selalu menutup aurat terutama rambutnya.

    syaikhah said:
    11 September 2009 pukul 09:03

    saya jadi ingat hadits rasulullah tentang akan datang zaman di mana akan ada orang yang menyebarkan dkawah islam tapi dia sesat dan menyesatkan karena kbodohan dia akan ilmu.

    kayake wes datang nih jamannnya buktinya apa yang anda sampaikan ini sesat dan menyesatkan.

    takutlah anda kepada Allah swt. berilmu sebelum berbuat dan berkata.

    sebaiknya anda hapus aja pendapat2 sesat tentang tidak wajib menutup aurat bagi wanita.

    bertobatlah anda kepada Allah.

    syaikhah said:
    11 September 2009 pukul 09:57

    nih saya kasih link buat nimbal ilmu

    http://www.almanhaj.or.id

    http://www.muslim.or.id

    http://www.muslimah.or.id

    http://www.radiomuslim.com =>> bisa streaming sekalian

    http://www.buletin.muslim.or.id

    ok pak ati2 ya pak kalo menyebarkan suatu ilmu, di cek dulu baiknya pak

    semoga dosa2 kita semua di ampuni oleh Allah swt. amiin

    zamri husin said:
    11 Desember 2010 pukul 10:37

    dalam kitab Muhammad Said al-Asymawi, Kritik Atas Jilbab, 2003 dah banyak bahas pasal ni. M Shodiq Mustika cubalah baca Tafsir Ibn Kathir, Thabari, Tafsir Ayat Al-Ahkam dan juga kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Al-Islami & Fiqh Sunnah.

    janganlah tuan baca 1 kitab terus nak buat satu artikel sebegini, besar tanggungjawabnya. dan sebelum itu saya hanya ingin bertanya satu soalan sahaja kepada tuan.

    adakah tuan seorang yang bertauliah?

    putri.ismailiyah said:
    12 Desember 2010 pukul 11:43

    tunjukilah kami jalan yg lurus

    islam itu jelas buat apa membuang waktu dengan memperdebatkan hal-hal yang jelas
    batas aurat wanita itu seluruhnya kecuali muka dan telapk tangan. tok

    perbedaan pendapat itu, boleh malah baik
    tapui terserah wae, kan dosa di tanggung masing-masing

    syukron

    bun said:
    14 Oktober 2011 pukul 17:53

    mohon dimengerti.
    aurat adalah aib. aib disini mungkin lebih bersifat menimbulkan syahwat. pertanyaannya bagian mana saja yg menimbulkan syahwat? apakah rambut juga termasuk? oke kita kembalikan kepada quran dan hadist. tapi toh tetap terjadi perbedaan pendapat bukan? berbeda karena nash2 tsb tidak qath’i. jd saya pikir tidak ada salahnya mengambil pendapat manapun.

    jacky151 said:
    15 Juli 2012 pukul 11:58

    Dosa mufti yang tidak berilmu :

    “Barang siapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang cukup, maka ia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan azab serta dosa orang yang mengamalkan fatwanya akan dipikul olehnya”.

    YANG BILANG RAMBUT BUKAN AURAT, LIBERAL…!

    jacky151 said:
    15 Juli 2012 pukul 12:00

    Dosa mufti yang tidak berilmu =>

    “Barang siapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang cukup, maka ia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan azab serta dosa orang yang mengamalkan fatwanya akan dipikul olehnya”.

    YANG BILANG RAMBUT BUKAN AURAT, LIBERAL…!

    jacky151 said:
    15 Juli 2012 pukul 12:00

    Dosa mufti yang tidak berilmu >>

    “Barang siapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang cukup, maka ia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan azab serta dosa orang yang mengamalkan fatwanya akan dipikul olehnya”.

    YANG BILANG RAMBUT BUKAN AURAT, LIBERAL…!

    jacky151 said:
    15 Juli 2012 pukul 12:06

    Dosa mufti yang tidak berilmu >>>>

    “Barang siapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang cukup, maka ia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan azab serta dosa orang yang mengamalkan fatwanya akan dipikul olehnya”.

    YANG BILANG RAMBUT BUKAN AURAT, LIBERAL…!

    jacky151 said:
    15 Juli 2012 pukul 12:07

    Dosa mufti yang tidak berilmu >>>>>>>>

    “Barang siapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang cukup, maka ia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan azab serta dosa orang yang mengamalkan fatwanya akan dipikul olehnya”.

    YANG BILANG RAMBUT BUKAN AURAT, LIBERAL…!

    jacky151 said:
    15 Juli 2012 pukul 12:07

    Dosa mufti yang tidak berilmu >>>>>>

    “Barang siapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang cukup, maka ia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan azab serta dosa orang yang mengamalkan fatwanya akan dipikul olehnya”.

    YANG BILANG RAMBUT BUKAN AURAT, LIBERAL…!

    ShofwaFaya said:
    26 September 2012 pukul 15:20

    begini… saya punya satu pertanyaan, apa yang membuat artikel ini ahlussunah wal jamaah? semua… sudahlah… percuma, orang punya pandangan macam-macam, untuk bisa terpengaruholeh artikel macam ini hanya orang2 yang masih awam saja. dan untuk yang mengkritisi diatas, semoga ilmunya bertambah, terimakasih, melihat komentar kalian mengenai artikel ini, iman saya untuk berjilbab semakin kuat. matur suwun… ^^. ditutup saja rambutnya, pakai jilbab… jangan dibuka kerudungnya… kasihan yang lihat…

    Hang said:
    23 April 2013 pukul 16:07

    Aurat bagi wanita merupakan pokok perjuangan seorang yang menggelarkan mereka agamawan. Tidak pernah mereka yang bergelar ustaz atau ustazah tidak menyentuh tentang aurat wanita. Aurat melebihi segala2 dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia di dunia ini.

    Namun anda sedarkah berapa banyak ayat quran dan hadith nabi mengenai aurat wanita?

    Ahli2 fekah akan menggunakan ayat 31 dari surah an-nur dan hadith asma binti abi bajr dari sunan abu dawud untuk mengatakan bahawa rambut/kepala wanita adalah sebahagian dari aurat yang bermaksud perlu ditutupi.

    Sebahagian dari ayat 31 dari surah an-nur berbunyai sebegini “Walyadribna bikhumurihinna ala juyubihinna”

    Maksudnya, “dan tutuplah mereka dengan penutup ke atas dada mereka”

    Namun sedihnya, ustaz-ustaz dan ustazah2 yang belajar di negeri arab menterjemahkan menjadi “dan pakailah tudung ke atas kepala mereka”, atau “dan pakailah tudung sehingga ke paras dada”

    Walhal maksud ‘ala’ itu adalah di atas dan maksud ‘juyubihinna’ adalah dada mereka’, namun disebabkan mereka begitu bersemangat sehingga nafsu menutupi iman mereka mereka telah menukar maksud ‘di atas’ menjadi ‘sehingga’ dan ‘dada’ menjadi ‘kepala’

    Perkataan khumuri itu atau khimar memang biasanya digunakan sebagai tudung kepala namun perkataan khumuri itu asalnya maksudnya ‘penutup yang menutup’ dan boleh digunakan untuk menutup tong atau kapal atau lain-lain.

    Selain itu mereka menggunakan hadith mengenai asma binti abi bajr dari muka 62 volume 4 dari sunan abu dawud yang kononnya muhammad berkata kepada asma bahawa aurat wanita adalah seluruh tubhnya kecuali muka dan tapak tangan.

    Aishah berkata, “Asma binti Abi Bajr telah masuk ke dalam rumah Nabi. Ketika itu dia memakai baju labuh nipis dan jarang. Nabi berpaling daripadanya dan berkata, “Oh Asma, apabila perempuan sudah mencapai umur akil baligh, tidak wajar ia berpakai seperti itu kecuali ini dan ini”, sambil Nabi tunjuk ke muka dan tangannya.

    Walhal di dalam buku yang sama Abu Dawud sendiri mengatakan bahawa hadith itu bermasalah kerana sanadnya terputus. Salah seorang rawinya Khalid bin Duraik tidak pernah bertemu dengan Aishah, malahan Khalid bin Duraik tidak dikenali oleh huffaz (ahli-ahli hadith).

    Jika benarlah kebenaran hadith ini, kenapa kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa wanita mereka perlu menutup muka (memakai purdah)

    Ayat lain yang menceritakan tentang aurat wanita adalah ayat 59 surah al-ahzab. Ayat ini menyuruh wanita untuk melabuhkan kain mereka. Ayat ini sekali lagi tidak menyuruh wanita menutup rambut atau kepala.

    Maka dari ayat 31 surah an-nur dan ayat 59 surah al-ahzab kita dapat simpulkan aurat wanita adalah dari dada ke kaki, tidak termasuk rambut/kepala.

    Kenapa wanita-wanita arab saudi menutup rambut dan muka, ini kerana penutupan itu adalah budaya mereka dan telah menjadi dikri kerajaan yang memerintah.

    Adityawati Chandrakirana said:
    26 Februari 2016 pukul 09:28

    Perbedaan pendapat mengenai hal ini sudah berlangsung berabad2 sejak Rasulullah masih hidup.
    Di Indonesia khususnya, tradisi memakai jilbab baru marak sekitar dua dekade ini. Menurut saya, hukumnya memang lemah kalau dibilang wajib. Faktanya hal ini tidak dilakukan oleh orang Indonesia – khususnya – di masa lalu, bahkan di masa masuknya agama Islam ke Indonesia sekalipun, masyarakat Indonesia yg masuk agama Islam kala itu tidak kemudian menggunakan jilbab. Jika memang hukumnya wajib, tentunya hal itu akan langsung dilakukan dan tidak ada pertentangan apapun.

    Apapun yg sebenarnya menjadi ketentuan, tentulah hanya Allah SWT yang paling tahu. Kalaupun ada perbedaan pendapat, silahkan jalani pilihan masing2 dan tidak usah saling menghujat pilihan orang. Dosa ataupun pahala, tidaklah usah kita bahas dalam hidup ini. Kita toh tidak akan pernah tahu hitung2annya.

    Wan Zulkefli AB said:
    18 Maret 2022 pukul 14:05

    Siapa Zainuddin Idris pun setakat ini tidak dijumpai latar belakang pendidikannya, apa tah lagi penulisannya yang meragukan.

Silakan sampaikan pemikiran Anda